Assalamualaikum dan Hello :) Tuan tanah kembali lagi. Kali ni dengan emosi yang melimpah ruah serta air mata yang bila bila saja boleh terjatuh kat pipi tuan tanah yang memanglah gebu.
22nd April. Lebih kurang pukul 5am. Mak kejutkan tuan tanah serta abang. Terpinga pingan dibuatnya bila mak kata abah jatuh katil. Bila masuk je bilik, betul abah kat tepi katil yang ruangnya agak sempit. Puas tuan tanah dan abang menyuruh abah bangun dan naik ke atas semula, dia tak mahu. Ditolaknya kami pula. Kadang kadang tu terdengar dia marah marah. Tapi percakapannya agak pelat.
Abah bagai tak kenal kami. Dia tolak kami sambil suruh jangan ganggu dia. Hampir setengah jam kami cuba pujuk. Sampai satu masa, tuan tanah dan ahli keluarga menangis. Tak pasti kenapa abah jadi macam tu. Oleh kerana dah puas pujuk tak juga jalan, tuan tanah dan abang terus angkat secara kasar. Bila baringkan je abah atas katil, dia jadi lembik. Terus tak berdaya. Mak terus call jiran sebelah. Memang kalau pape mak akan call dia. Lagipun dia kerja hospital. Check punya check paras gula dalam badan abah rendah. Terlampau rendah serendah 1.7 sahaja. We decided to call ambulans and they brought abah to the hospital.
Alhamdulillah abah sedar selepas 10 minit diberi gula di hospital. Tapi paling aku tak smpai hati tengok bila dia menangis. Abah tak pernah menangis. Abah orang paling kuat, paling bersabar dan paling banyak menyimpan perasaan. Rasa macam berdosa bawak dia ke hospital bila dia sememangnya takut ke hospital. Siapa yang berani duduk hospital? Siapa yang mahu? Luluh hati ni tengok Abah tak berhenti kesat air mata.
Abah kena tahan di wad. Kebetulan wad kelas pertama di hospital tu digunakan untuk denggi dan h1n1, jadi abah dimasukkan di wad kelas kedua yg dah bercampur dengan kelas ketiga. mulanya dia dapat katil extra tepi2. Masa tu hanya ada aku dan abah. Abah menangis lagi. Dia mengeluh "tapi jalan je aku tido" Sumpah kalau ikutkan hati dan perasaan ni, memang aku menangis kat situ. aku tahankan. pujuk dia. tapi nasib baik sekejap saja dia kat situ. nasib baik ade orang keluar. dapat la dia katil yang elok sikit. puas dipujuk ke private hospital. dia tak mahu.
Itu cerita 3 minggu lepas. Kini? Abah jadi fragile. Kami pula extra attention pada dia. Pada orang yang pernah mengalami situasi ni mesti faham kan? Kadang kadang aku tengok dia sihat, kadang kadang dia lemah. Suruh cuti, dia tak mahu. suruh berhenti kerja dia kata 10 bulan lagi baru nak pencen.
Hari ni badan abah panas. Tanya dia makan apa. Dia jawab nasi, buah. Ditanya buah apa. Dia cakap tembikai. Aku katalah pada dia, jangan la makan buah yang manis. Dia jawab dengan nada sedih yang betul betul buat aku nak menangis. "Habis apa je abah boleh makan?"
Tiba tiba dia menangis. Dia cakap nak tidur lama. Terus terang, aku takut. Aku bagi dia makan ubat, aku sapukan minyak, aku inject insulin untuk dia. dia cakap lagi "susahnya orang nak jaga aku" dia menangis lagi. aku hanya mampu kata "tak susah abah. janji abah ikut doktor cakap apa"
Aku tahu duit bukan segalanya. Tapi kalau aku punya duit, aku tak mahu abah kerja lagi. dia dah penat kerja menyara kami. duit boleh dicari. abah takleh diganti. mak pun tak sihat sangat. abah pula sekarang. aku? tak menyumbang apa apa. kesal.
Aku hanya mampu berdoa agar mak dan abah dipanjangkan umur. sihat sentiasa. dan aku sebagai anak diberi kesabaran yang tinggi dan lebih bertanggungjawab terhadap keluarga. orang lain datang dan pergi. keluarga tidak.

ella..be strong for your family. Insyallah Allah akan tolong ella to be strong.
ReplyDeletei've never been in your condition but dulu pernah jaga nenek yang tak suka hospital.
bab pemakanan tu, maybe(ni suggestions je lah, sebab my mom pun kena jaga gula), cuba ella google the food for diabetic people, and try masakkan for him. ?
take care, be strong k babe
naz..
ReplyDeleteso sorry to hear this..
lama tak masuk blog naz..
bila masuk ni baru taw cerita about ur dad..
sabar lah Naz..
same situation like me,sekarang ayah duk ulang alik keluar masuk hospital buat Hemodialisis..dia pun diabetes jugak..kena cucuk Insulin selalu.
whatever it is,kita kena tabah.kalau kita tak strong diorang lagi fragile nanti..masa ni apa apa pun yang terhambur dari mulut diorang jangan simpan dalam hati..redhakan sahaja..sebab apa apa yang jadi,mereka tetap ayah kita..berbakti lah pada mereka sementara masih di beri kesempatan..
take care and be strong Naz..i know you such a good gal..
take care..
salam berpuasa..